Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Graduan wajib berakhlak mulia – Sultan Perak

$
0
0
15nazrin1-transformed

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah mengingatkan graduan supaya melengkapi diri dengan akhlak mulia dan tidak menggadai maruah diri hingga jatuh ke lembah kehinaan.

Baginda yang juga Canselor Universiti Malaya (UM) bertitah, graduan tidak sewajarnya menghalalkan apa sahaja tindakan semata-mata untuk meneruskan kehidupan.

“Matlamat jangan sekali-kali diizinkan untuk menghalalkan cara.

“Berpegang teguhlah pada nilai agama yang suci dan nilai budaya bangsa yang murni. Hidup bersendikan adat, adat bersandarkan Kitabullah.

“Kejayaan graduan pada hari ini bukan atas usaha persendirian semata-mata. Semangat mahu mencurahkan ilmu oleh warga akademik membolehkan lahirnya lebih ramai insan yang kaya ilmu di taman pendidikan,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada Istiadat Konvokesyen UM 2016 di Dewan Tunku Canselor, hari ini.

Seramai 5,073 graduan menerima ijazah masing-masing pada istiadat kali ke-55 itu.

-Berita Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles