Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

ETS bakal dilengkapi wifi

$
0
0
image-15

IPOH – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan dilengkapi dengan kemudahan internet tanpa wayar atau wifi bagi memudahkan pengguna menyiapkan kerja semasa dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya menyokong penuh cadangan orang ramai supaya ETS dilengkapi kemudahan wifi sebagai usaha ke arah melaksanakan transformasi dalam sistem pengangkutan negara. ?

“Setakat ini ramai yang puas hati dengan perkhidmatan ETS, ada setengah stesen moden dan mana yang uzur kita kena perbaiki. Selain memasang wifi kita juga kena pastikan ia sentiasa bersih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Perak 2016 di sini hari ini yang dihadiri 1,800 perwakilan.

Secara purata, seramai 6,000 orang menggunakan perkhidmatan ETS setiap hari pada hari biasa, manakala pada hujung minggu serta cuti umum jumlah itu meningkat sekali ganda kepada 12,000 orang.

– Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles