Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Malaysia juara acara regu Piala Raja Thailand

$
0
0

SKUAD negara menjuarai acara antara regu Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thailand ke-31, hari ini.

Anak buah Abdul Talib Ahmad menewaskan Myanmar 25-23, 21-10 dalam aksi final di pusat membeli-belah Fashion Island, Bangkok.

Pada edisi kali ini, Malaysia diwakili tekong Muhammad Syahir Rosdi, Mohammad Azlan Alias (perejam) dan Mohd Syazreenqamar Salehan (pengumpan) selain dua simpanan, Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Sahidan Md Ali.

Sementara itu, Malaysia turut mengungguli acara baharu, kuadran (berempat) selepas menewaskan Indonesia 21-14, 21-19, Vietnam 21-12, 17-21, 21-10 dan Singapura 21-6, 21-12 dalam liga sepusingan melibatkan empat pasukan.

Pemain kuadran dibarisi Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi, Muhammad Kamal Ishak, Aidil Aiman Azwawi, Mohd Radzi Awang dan simpanan, Muhammad Norhaffizi Abd Razak dan Muhammad Suhairi Sulaiman.-sinar harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles