Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

SIC dapat hak penganjuran sehingga 2021

$
0
0

KEJUARAAN MotoGP Dunia FIM akan dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang sehingga 2021 selepas Sepang International Circuit (SIC) memperbaharui kontraknya dengan pemegang hak, Dorna Sports, semalam.

SIC disahkan menganjurkan perlumbaan itu di Litar Antarabangsa Sepang untuk lima tahun iaitu pusingan ke-17 daripada 18 pusingan kejohanan dunia itu.

Pengerusi SIC, Tan Sri Azman Yahya berkata, kontrak baharu itu akan berakhir pada 2021.

“Saya gembira memaklumkan kami telah menandatangani kontrak lanjutan selama lima tahun, berakhir 2021, pada pagi ini. Kami akan menganjurkan MotoGP untuk lima tahun lagi.

“Saya percaya kita akan melihat maklum balas yang baik daripada orang ramai. Saya gembira untuk mengumumkannya kerana ini adalah rundingan pertama saya sebagai Pengerusi SIC dan saya harap keputusan ini akan menerima sokongan,” katanya dalam sidang media, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Razlan Razali berkata, ia tidak sukar meyakinkan kerajaan Malaysia untuk menyokong Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia kerana SIC mencatat rekod penonton setiap tahun.

“MotoGP bukan sekadar tontonan untuk rakyat Malaysia sahaja, malah menjadi platform bagi bakat baharu negara ini bersaing di kejohanan dunia dan berlumba di laman sendiri. Saya rasa inilah kunci kepada GP Malaysia.

“Pada masa sama, ia bukan hanya perjanjian antara Dorna dan SIC – ia adalah perkongsian yang ada dan sokongan yang diberikan antara satu sama lain, minat bersama yang ada untuk mempromosikan acara ini menjadi lebih baik setiap tahun,” kata Razlan.

Sementara itu, CEO Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta berkata, SIC bukan sekadar menganjurkan perlumbaan MotoGP tetapi juga proses pemilihan Piala Bakat Asia yang diadakan setiap tahun.

“Kami sudah berada di sini sejak 1999 dan sudah lama bersama. Kami cukup bangga dengan GP Malaysia, jumlah penonton yang semakin meningkat dan penonton yang hebat.

“Dorna bangga memperbaharui kontrak ini untuk sekurang-kurangnya lima tahun lagi. Cara SIC memahami dan menyokong perlumbaan ini sangat penting. Di sini, penganjurannya cukup baik dan kami cuba melakukannya bersama. Kami bangga SIC menganggap kami sebagai aset,” kata Ezpeleta.-sinar harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles