Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Wanita ikhlas perjuangkan Umno

$
0
0

KUALA LUMPUR – Perjuangan Wanita Umno adalah berlandaskan keikhlasan dan bukannya berpaksikan fitnah seperti mana yang dilakukan pembangkang.

Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Umno tidak memiliki strategi yang negatif untuk perjuangan parti itu.

“Kami tidak ada strategi yang negatif, seperti yang saya katakan kepada Wanita, kita berjuang kerana ALLAH.

“Berjuang menggunakan menggunakan fitnah dan tohmahan, bukanlah cara kami. Kita ada keikhlasan dalam perjuangan kita,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016), hari ini.

Pihak pembangkang, kini agresif menggunakan media sosial untuk mendedahkan mengenai Umno.

Kata Shahrizat, bukan sahaja Wanita, malah keseluruhan parti itu diingatkan oleh presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya sentiasa berpegang kepada kebenaran.

“Di Wanita, saya katakan pada mereka supaya sentiasa bercerita perkara yang benar dan kita tidak fitnah seperti pembangkang yang seolah-olah tidak ada kerja lain.

“Satu hari nanti orang yang bawa fitnah dan tohmahan ini tunggulah balasan daripada ALLAH,” katanya lagi.

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles