Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Yeop resah untuk akhiri saingan Liga Super

$
0
0

TEWAS kali kedua dalam tempoh kurang seminggu, pastinya meresahkan Perak kerana ianya boleh menggugat hasrat untuk berada pada kedudukan terbaik Liga Super 2015.

Biarpun masih berada pada kedudukan ketiga setelah tewas 2-3 kepada PDRM di Stadium Shah Alam Rabu lalu, skuad Kejor Yeop Skor itu boleh dikatakan berada dalam situasi sukar bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

Apa tidaknya, lima lawan yang bakal dihadapi pada baki saingan kelak bukannya calang-calang pasukan.

Dimulai dengan pasukan ‘liat,’ Felda United di gelanggang sendiri malam ini, Perak bakal berkunjung ke Stadium Sultan Mizan berdepan Terengganu 12 Ogos depan sebelum menanti kunjungan pendahulu liga, Pahang (15 Ogos).

Skuad Kejor Yeop Skor itu kemudiannya akan bertandang ke Stadium Larkin berdepan JDT pada 19 Ogos sebelum mengakhiri saingan musim ini menanti kunjungan Selangor pada 22 Ogos di Stadium Perak.

ELAK CICIR MATA

Sebarang keciciran mata pada baki lima perlawanan musim ini dilihat bakal mengundang padah kepada skuad Kejor Yeop Skor itu dalam usaha merealisasikan misi menamatkan saingan pada kelompok lima pasukan terbaik musim ini.

Ini ditambah pula dengan perbezaan mata yang begitu hampir dengan pasukan-pasukan lain yang mengekori rapat dan boleh memintas pada bila-bila masa sahaja.

Jelas, baki lima aksi terakhir liga kali ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kesebelasan anak didik Datuk M Karathu bagi mengumpul mata semaksimum mungkin dan seterusnya menepati sasaran menamatkan saingan dalam kelompok lima pastikan terbaik Liga Super musim ini.

Apa pun, kepada penyokong, inilah masanya untuk terus memberi sokongan padu kepada pasukan yang sangat-sangat memerlukannya (sokongan) demi mempamerkan aksi terbaik pada lima aksi terakhir berkenaan.

Walau di atas kertas, laluan Perak penuh berliku, ate moh le ke stadium bagi menyatakan sokongan padu kome semua. Insya ALLAH, Perak boleh!

Kejor Yeop Skor!-sinar harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles