Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Pembangunan Tanah Persekutuan Kelolaan Badan Persekutuan

$
0
0

IPOH: Pembangunan tanah Persekutuan hanya boleh dilakukan oleh pihak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan yang telah dipertanggungjawabkan ke atas tanah berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang berminat untuk membangunkan tanah-tanah tersebut, ia boleh dijalankan dengan dua kaedah.

“Dua kaedah itu ialah penyewaan bagi satu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan pajakan bagi tempoh melebihi tiga tahun bagi tanah milik dan yang melebihi antara tiga tahun hingga 21 tahun bagi tanah rizab,” katanya semasa menjawab soalan lisan Maslin Sham Razman (BN-Bukit Chandan) pada sidang Dewan Undangan Negeri di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi, bagi pajakan sebahagian tanah, tidak boleh melebihi daripada 30 tahun.

“Permohonan penyewaan boleh dibuat kepada Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak manakala pajakan untuk pajakan boleh dipohon kepada Bahagian Harta Tanah Persekutuan Putrajaya.

Mengulas pula mengenai Ladang Belia, beberapa perbincangan telah diadakan, termasuk dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta FAMA.

“Pada peringkat negeri, ia dilakukan melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNPk), khususnya melibatkan kawasan tanah yang dimiliki oleh kerajaan Persekutuan yang tidak dibangunkan, sementara menanti masa projek yang telah dikenalpasti.

“Kita telah mengemukakan cadangan ini supaya ianya dapat digunakan untuk sementara bagi satu tempoh jangka masa yang diberikan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles