Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Tertuduh diperintah bela diri kes Cameron Highland

$
0
0

KUALA LUMPUR – Seorang peneroka Cameron Highland yang sebelum ini didakwa atas tuduhan menawarkan suapan berjumlah RM20,000, diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Hakim Rosbiahanin Arifin memerintahakan Tan Meng Lee, 45, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Sehubungan itu mahkamah menetapkan 14 dan 15 September depan untuk prosiding membela diri selepas peguam S. Devarandan memaklumkan anak guamnya akan memberi keterangan bersumpah di kandang saksi.

Pada 13 Januari 2014, Meng Lee didakwa memberi rasuah kepada Penolong Pegawai Tanah dan Daerah Cameron Highlands, Pahang, Abdul Rahim Sulaiman, 51, supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya yang melanggar peraturan di bawah Seksyen 425, Akta Tanah Negara 1956 iaitu meneroka secara haram di Hutan Simpan Sungai Terla, Kampung Raja dan tanah kerajaan di Blue Valley, Ulu Telom di daerah itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tanah kerajaan Blue Valley, Ulu Tenom, Cameron Highlands antara jam 4 sehingga 5.30 petang pada 7 Oktober 2013.

Dalam pada itu, jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dilanjutkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Wan Mohd Nizam Wan Omar.

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles