Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Atikah Suhaime tak kisah dianggap anak emas MIG

$
0
0

KUALA LUMPUR: Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime kini antara heroin pelapis yang terus menjadi perhatian pengarah, produksi dan stesen TV di negara kita.

Wajahnya juga kerap menjadi penyeri di layar perak. Dia juga mula dianggap `ayam tambatan’ dan anak emas MIG yang selama ini menjadi ‘gudang memproses’ bakat seni.

Atikah dilihat melalui situasi yang sama pernah dikecapi Lisa Surihani dan Wawa Zainal.

“Saya bersyukur, kerjaya seni di bawah MIG semakin ada kemajuan. Kehadiran dan bakat saya semakin diterima bahkan tawaran berlakon semakin murah.

“Rezeki saya bertambah. Alhamdulillah boleh membantu menanggung keluarga dan apa yang patut. Semua ini berkat doa mama dan papa saya yang selama ini tak pernah putus memberikan semangat dan sokongan.

“Saya sangat senang bekerja dan mencari rezeki di Malaysia. Semuanya bagai tersusun cantik dan saya rasa amat dirahmati. Di bawah pengurusan MIG, saya beruntung kerana segala-galanya dilihat lancar.

“Isu saya dianggap anak emas atau ayam tambatan MIG itu saya melihat semuanya daripada sudut positif. Jauh sekali melihat ia sebagai tekanan.

“MIG selama ini sentiasa mendorong saya untuk menjadi yang terbaik di arena seni. Jujur tanpa bantuan dan platform MIG, saya rasa seperti sukar untuk bergerak jauh. Tambahan pula saya bukan pelakon dari Malaysia.

“Saya menikmati momen yang dilalui kini sebaik mungkin. Saya tak boleh terus selesa dengan apa yang ada. Selangkah demi selangkah saya juga mengharapkan perkembangan kerjaya yang baik pada waktu mendatang,” katanya.

Pengurusan MIG, menurut Atikah banyak memberikan kemudahan dan kelancaran buatnya mengatur rentak seni.

Berjauhan dengan keluarga dan memilih untuk berdikari di negara orang kini tidak lagi menjadi satu masalah besar buat dirinya.

Ditambah dengan fungsi MIG sendiri, Atikah tidak teragak-agak untuk memperbaharui kontraknya bersama syarikat itu. Kontraknya kini berbaki dua tahun.

“Dengan MIG, saya diberi kebebasan dan pada masa yang sama menerima bimbingan serta panduan berharga. Saya sangat selesa. Segala urusan promosi, jadual kerja saya dan macam-macam lagi semuanya dipantau MIG.

“Saya pun tak ada kuota tertentu untuk berlakon dengan MIG. Malah boleh menerima tawaran berlakon dengan produksi lain. Selama ini pun saya tak hanya terikat dengan MIG tetapi lebih banyak berlakon produksi luar.

“Asalnya, saya memang jenis yang sukar mempercayai orang luar. Tapi dengan MIG, ia kes yang sangat istimewa dan saya berpuas hati dengan pengurusan mereka.

“Ikutkan ada juga produksi dari Singapura yang menawarkan saya kerja lakonan. Tetapi dek komitmen saya di Malaysia, semuanya terpaksa dilepaskan. Lagipun visi saya untuk terus berkongsi bakat di Malaysia itu tetap kuat,” katanya sambil memberitahu sekurang-kurangnya akan pulang ke Singapura sebanyak sekali untuk bertemu keluarga.

– Berita Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles