Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Remaja sesat dalam hutan 15 jam

$
0
0

PUCHONG – Dua remaja yang teruja merentas Hutan Simpan Ayer Hitam di Taman Wawasan 5 dekat sini kelmarin, menempuh situasi menakutkan apabila kedua-duanya sesat hampir 15 jam sebelum ditemui dalam keadaan keletihan.

Difahamkan, mangsa yang pertama kali masuk ke hutan simpan berkenaan menuju ke lokasi air terjun pagi kelmarin untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

Bagaimanapun, selepas berhenti minum seteguk air terjun di situ, kedua-duanya buntu dan gagal mencari jalan keluar.

Sumber berkata, mangsa melihat laluan trek dalam hutan itu seolah-olah bercabang dan mereka gagal mengingati jalan dilalui sebelum itu.

“Remaja lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu kemudiannya menghubungi talian kecemasan 999 untuk dapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hisam Mat Yasih berkata, pihaknya melancarkan operasi pencarian selepas menerima laporan pada jam 5.11 petang kelmarin.

Sepasukan jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

Kedua-duanya, Syah Muhammad Yusuf Shahbadul, 19, dan Muhammad Helmee Mustapa, 20, berjaya ditemui pagi semalam, di Pusat Penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kedua-duanya tidak mengalami kecederaan serius.

Mereka berjaya menemui jalan keluar selepas mengikuti trek laluan kenderaan pacuan empat roda hampir lima kilometer dalam hutan.

Mohd Hisam berkata, hutan itu adalah kawasan larangan kepada orang awam, pihaknya kesal kerana ramai yang meredah masuk tanpa pengawasan pihak berwajib.

Jelasnya, kejadian orang hilang di situ bukan kali pertama kerana sebelum ini beberapa individu pernah dilaporkan sesat di kawasan sama.

“Saya tak halang orang ramai lakukan aktiviti rekreasi tapi jangan masuk kawasan larangan. Hampir setiap bulan ada mangsa yang sesat dalam hutan tiu,” katanya.-sinar harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles