Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Sebanyak 100,000 kit denggi diedar ke tiga negeri

$
0
0

PETALING JAYA – Sebanyak 100,000 kit Rumah Perlindungan Lengkap Denggi akan diedarkan di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor mulai bulan depan dalam usaha menangani masalah denggi di negara ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Dr Zulkifli Mohamed Hashim berkata dua kawasan di Selangor iaitu komuniti USJ1 di Zon 4 Subang Jaya dan Taman Melati, Gombak serta Kampung Padang di Kampung Baru, Kuala Lumpur merupakan tiga komuniti pertama terpilih untuk projek perintis Program Komuniti Bebas Denggi ini.

“Kita menyasarkan dengan penggunaan kit ini, ia dapat mengurangkan kes denggi di negeri berkenaan dalam masa setahun,” katanya kepada pemberita selepas mewakili Menteri Mosti Datuk Seri Dr Ewon Ebin melancarkan ‘Komuniti Bebas Denggi’ USJ 1 di sini, hari ini.

Dr Zulkifli berkata, kit yang mengandungi biolarvicide Mousticide yang dapat membunuh larva nyamuk, losyen penghalang nyamuk dan perangkap Ovi Larva Aedes itu, direka khas untuk membunuh sistem pembiakan nyamuk.

“Ia telah terbukti berkesan di luar negara berjaya membunuh sistem pembiakan nyamuk sehingga 100 peratus dalam masa satu hingga dua bulan,” katanya.

“Sekiranya didapati berkesan, kami (Mosti) akan menjadikannya sebagai program CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan NGO (badan bukan kerajaan) supaya diedarkan secara percuma kepada orang ramai,” katanya.

Dr Zulkifli berkata, pelancaran program Komuniti Bebas Denggi itu adalah hasil kerjasama oleh pengeluar kit tersebut iaitu Inno Biologics dan Entogenex Industries.

“Pihak Mosti juga sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan program ini ke negeri-negeri lain seperti Pahang, Sabah dan Melaka,” katanya.

Sementara itu, Dr Ewon dalam teks ucapan yang dibacakan Dr Zulkifli berkata sehingga 23 Mei lepas, sebanyak 138 kes kematian dan 51,474 kes denggi telah dicatat setakat 13 Jun lepas. – Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles