Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Parlimen bukan ‘pak turut’

$
0
0

SHAH ALAM – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak dakwaan bahawa institusi Parlimen hanya bersifat ‘pak turut’ kepada kerajaan.

Kata Pandikar seperti yang dipetik menerusi wawancara dengan The Star, jika perkara itu berlaku, mustahil terdapat perdebatan hangat sehingga ke lewat pagi.

Baru-baru ini, pihak pembangkang mengeluarkan kenyataan dengan menuduh Parlimen menjadi ‘pak turut’ apabila rang undang-undang penting yang diperkenal di saat-saat akhir tanpa notis dan diluluskan selepas perbahasan beberapa jam.

Ini termasuk rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dibentang dalam sidang sebelum ini yang diluluskan di Dewan Rakyat selepas enam jam perbahasan.

Rang undang-undang itu antara lain, memberi Perdana Menteri, sebagai pengerusi majlis MKN, kuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai zon keselamatan dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.

“Dengan perbahasan hangat, ucapan yang tidak patut dilontarkan dalam Parlimen, debat sampai jam empat pagi, kamu boleh kata Parlimen rubbber stamp (pak turut)?

“Pada saya, rubber stamp maksudnya tiada perbahasan sama sekali,” katanya.

Undang-undang baharu ini diperkenalkan ketika kedudukan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri terus dicabar pelbagai pihak.

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles