Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Peniaga Stadium Sultan Muhammad IV wajib daftar – Dr Vida

$
0
0
KOTA BHARU, 3 Feb -- Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida, menunjukkan pelan lokasi yang akan dibangunkan Hotel Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kota Darulnaim hari ini.
--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR: Peniaga yang ingin berniaga di dalam Stadium Sultan Muhammad IV, di sini setiap kali perlawanan berlangsung, wajib mendaftar dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Langkah itu diperkenalkan oleh penaja utama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), Datuk Seri Hasmiza Othman atau Dr Vida bagi memastikan peniaga mengikut segala garis panduan yang ditetapkan, sekali gus mampu menghadirkan perubahan dalam arena bola sepak negeri itu.

“Saya bukan nak halang mereka berniaga tetapi mereka kena daftar dengan KAFA dulu kerana kita mahu tahu berapa orang yang akan mahu berniaga.

“Kita ada jawatankuasa yang akan terima pendaftaran dan semua peniaga terbabit perlu ikut prosedur ditetapkan supaya ia lebih terancang,” katanya.

BH Sukan semalam melaporkan Vida akan memberi bimbingan kepada usahawan dalam kalangan penyokong PQPTRW untuk turut terbabit dengan perniagaan.

Beliau juga dilaporkan akan menyediakan pinjaman jangka pendek bagi membolehkan peniaga terbabit mendapat modal permulaan.

Dr Vida menegaskan, pihaknya sentiasa komited untuk memajukan ekonomi penduduk tempatan, namun perlu mengikut peraturan ditetapkan.

“Kena ada perubahan dan anjakan untuk bantu ekonomi keluarga.

Dalam masa sama, mereka ikut nasihat kita kerana sudah pasti kami mahu ada peningkatan dari semasa ke semasa.

“Ini komitmen kita bantu usahawan.

Kita nak lihat berapa orang yang akan berniaga (dalam stadium) dan bila sudah mendaftar, mereka akan diberikan pas bagi membolehkan mereka masuk ke stadium,” katanya.-berita harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles