
DUA gol Romelu Lukaku sudah cukup untuk menyingkirkan bekas kelabnya Chelsea pada pertemuan suku akhir Piala FA awal pagi semalam.
Lukaku membuka tirai jaringan pada minit ke-77 selepas mengutip hantaran Tom Cleverly sebelum menggandakan kelebihan buat Everton m-87 sekali gus melayakkan The Toffees mara ke pusingan separuh akhir.
Bagaimanapun aksi di Goodison Park itu dihiasi layangan kad merah kepada pemain Everton, Gareth Barry dan penyerang Chelsea, Diego Costa apabila kedua-duanya dilayangkan kad kuning kedua selepas terbabit dengan insiden panas m-84.
“Persembahan kami di tempat sendiri semakin menunjukkan peningkatan cuma keputusan kurang memihak kepada kami.
“Tetap kali ini, situasi sudah berubah apabila kami berhasil mencipta keputusan yang baik.
“Apa pun, saya gembira dan sudah tentu peminat juga gembira dan pastinya malam ini akan diingati oleh semua orang,” kata pengendali Everton, Roberto Martinez.-sinar harian