Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Umno perlu mekanisma baharu keahlian

$
0
0
image (11)

MENTAKAB – Umno perlu mewujudkan satu mekanisma baharu bagi mengawal kesetiaan ahli kepada parti seterusnya memastikan mereka mempunyai kualiti dalam perjuangan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, melalui mekanisma itu tindakan tegas perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk kepada ahli yang dilihat cenderung kepada pembangkang dan boleh melemahkan parti.

“Ia untuk pastikan ahli Umno terdiri daripada mereka yang menghayati idealisme perjuangan parti. Kami tidak mahu sebahagian ahli yang terikut-ikut rentak pembangkang.

“Sekarang ini contohnya, ahli Umno yang menjadi calon pembangkang atau menjadi pencadang kepada pembangkang automatik akan dipecat, jadi kalau sekiranya mereka ini lebih cenderung kepada pembangkang kita juga perlu pertimbangkan kaedah untuk mengawal kesetiaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Umno Bahagian Temerloh, di sini, kelmarin.

Menurutnya, meskipun terdapat mekanisma dalam memperkukuhkan kesetiaan ahli ia seharusnya diperkukuhkan selari dengan cabaran politik semasa.

Jelasnya, langkah itu penting bagi memastikan setiap ahli terus setia dan sentiasa menghayati idealisme perjuangan parti demi agama, bangsa dan negara.

Pada masa sama, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Temerloh berkata, semua ahli Umno Temerloh menzahirkan sokongan mutlak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus memimpin negara dan parti.

Mohd Sharkar berkata, Umno bahagian mendesak Majlis Tertinggi mengambil tindakan tegas kepada mana-mana ahli Umno yang melanggar perlembagaan parti dan bekerjasama dengan pembangkang.

“Umno Temerloh menyatakan rasa terkilan dan kesal di atas penglibatan Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukriz Mahathir dan segelintir bekas pemimpin Umno yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri,” katanya.

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles