Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Johor DT fokus layan Pahang

$
0
0
JOHOR BAHRU 12 MAY 2016. Pemain JDT, Gary Steven Robbat (dua dari kanan) menjalani latihan ringan bersama rakan sepasukan menghadapi perlawanan akhir Piala FA menentang PKNS yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada sabtu ini di Pusat Latihan tertutup Dato Suleiman Mohd Noor, padang Seri Gelam. NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN

Johor Bahru: Tugasan belum selesai buat juara baru Piala FA Johor Darul Ta’zim (Johor DT) apabila perlu kembali fokus terhadap saingan Liga Super ketika impian mempertahankan kejuaraan tetap membara.

Skuad Harimau Selatan pasti mahu mengekalkan rentak kemenangan dan tidak mahu rekod tanpa kalah dicalarkan Pahang yang bertandang ke Stadium Larkin, malam ini.

Yang pasti, Mario Gomez tampak lega tatkala barisan pemain Johor DT bebas daripada penggantungan bagi membolehkan pengendali Argentina itu merangka strategi ampuh untuk berdepan skuad Tok Gajah.

“Semua pemain bebas penggantungan dengan Fazly Mazlan yang tidak diturunkan pada final Piala FA akan membuat penampilan semula di posisi bek kiri.

“Apapun kami tidak boleh pandang rendah keupayaan Pahang walaupun dibarisi pemain muda.

“Saya juga percaya gandingan (Jorge Pereyra) Diaz dan (Juan Martin) Lucero akan terus dahagakan jaringan dan sikap positif begitu yang saya inginkan daripada setiap pemain,” katanya.

Johor DT kini menghuni tangga kedua liga dan hanya dipisahkan dengan FELDA United menerusi perbezaan gol. Kedua-dua pasukan mengumpul 24 mata dan jika skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim tewas atau seri menentang Pulau Pinang dan Johor DT pula menang, skuad Harimau Selatan pasti memintas lawannya itu.

Bagaimanapun, Gomez tidak mahu memikirkan mengenai FELDA United sebaliknya lebih mengutamakan aksi berdepan Pahang yang dianggap penting bagi menamatkan saingan pusingan pertama dengan rekod bersih.

“Kami akan beraksi seperti biasa dan paling mustahak mencari kemenangan. Saya tidak mahu memikirkan apa yang berlaku membabitkan FELDA United. Biar kami cari kemenangan dengan kekuatan sendiri,” kata Gomez.

-Harian Metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles