Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Dua ditahan ketika curi kelapa sawit

$
0
0
image (27)

JELEBU: Dua lelaki ditahan polis ketika leka memunggah beberapa tandan buah kelapa sawit yang dicuri ke dalam kereta di Felda Pasoh Satu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superitendan Othman Basri berkata, kedua-dua suspek berusia 38 dan 40 tahun itu yang merupakan penagih dadah dipercayai telah lama melakukan kegiatan itu.

“Hasil maklumat orang ramai, sepasukan polis dari Balai Polis Simpang Pertang dan Simpang Durian di sini, telah membuat intipan di kebun sawit terbabit kira-kira jam 8.40 pagi.

“Selepas menunggu beberapa minit, kelihatan sebuah kereta Proton Iswara dinaiki dua lelaki memasuki kawasan ladang,” katanya.

Menurutnya mereka kemudian telah memungut dan memasukkan beberapa tandan kelapa sawit yang disembunyikan di dalam longkang ke dalam kereta.

Menurutnya, polis kemudian telah menangkap suspek dan merampas kereta digunakan termasuk 14 tandan kelapa sawit yang dicuri.

“Mereka mengaku mencuri buah kepala sawit berkenaan dan hasil ujian saringan air kencing kedua-duanya didapati positif dadah.

“Suspek telah direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.

-Sinar Harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles