Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

PRK: PAS Perlu Ambil Iktibar

$
0
0
SEDITION ACT_06

KUALA LUMPUR:Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menegaskan bahawa pencapaian membanggakan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun lalu sepatutnya dijadikan iktibar oleh kepimpinan PAS supaya tidak meletakkan calonnya di kawasan yang tidak berpotensi untuk menang.

Ujarnya, PAS sepatutnya menyokong UMNO dalam usaha tidak memecahbelahkan undi Melayu.

“Bayangkan betapa besarnya majoriti jika dalam PRK itu PAS menyokong BN. Bagi kawasan lain, ia akan mengelakkan kemenangan DAP, PKR atau Parti Amanah Negara kerana sudah tentu ketiga-tiga parti dalam pakatan harapan mempunyai kerjasama untuk menyokong antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan memetik sumber Berita harian.

Terdahulu pada PRK baru-baru ini, bagi kerusi Kuala Kangsar, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad hanya memperoleh 5,684 undi berbanding calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid (12,653 undi), manakala calon parti serpihan PAS, Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi).

Manakala di Sungai Besar, calon PAS, Dr Abdul Rani Osman memperoleh 6,902 undi berbanding calon BN, Budiman Mohd Zohdi (16,800 undi), malah undi diperoleh Dr Abdul Rani lebih rendah berbanding calon Parti Amanah Negara, Azhar Abdul Shukur yang memperoleh 7,609 undi.

Mengulas mengenai pembabitan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kempen pembangkang, Abdul Hamid menjelaskan bekas Perdana Menteri itu juga patut mengambil iktibar dengan keputusan pengundi.

“Jangan rosakkan integriti dan pencapaian yang diperoleh sepanjang hayat selepas berada di penghujung jalan. Janganlah menyusahkan orang untuk terus menghormati beliau, lebih baik beliau berehat saja supaya orang boleh terus menghormatinya,” katanya.

Beliau turut menasihati pemimpin UMNO supaya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pengundi serta tidak bongkak dan mendabik dada.

“Jangan cakap besar, memukul canang merata jalan. Jangan bagi orang meluat semula.

Pada masa sama, bersihkan imej rasuah yang ada. Insya-Allah pengundi Melayu akan menyokong mereka semula.

“Apabila BN sudah nampak kuat, pengundi bukan Melayu terutama sekali Cina akan membuat perhitungan `untung-rugi’ semula dan mungkin mengubah pendirian mereka untuk mengundi BN semula. Mereka takut rugi,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles