Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Disiplin asas utama kejayaan

$
0
0
KUALA LUMPUR 29 SEPTEMBER 2016. Pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan diiktiraf pelari terpantas dalam 100 meter dengan catatan 10.18 saat oleh Malaysia Books of Records di Menara BRDB, Bukit Bandaraya. STR/OWEE AH CHUN.

Tidak dinafikan kejayaan saya memecahkan rekod kebangsaan 100 meter dengan catatan 10.18 saat memberikan ‘seribu sinar’ kepada acara pecut negara yang lama tenggelam.

Bukan saya saja malah rakan sepelatih seperti Badrul Hisyam Abdul Manap turut menyerlah sekali gus menjanjikan masa depan yang cerah untuk negara.

Namun, saya sedar pasti banyak mata yang memerhati untuk melihat sejauh mana langkah saya dalam arena tempatan dan antarabangsa selepas ini.

Masih banyak kejayaan yang belum saya kecapi. Pencapaian di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tempoh hari adalah satu permulaan bagi saya.

Saya mempunyai keazaman tersendiri untuk terus bersaing dan menyumbang dalam arena olahraga untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun lagi, kerana saya baru berusia 18 tahun.

Malah boleh saya katakan, saya mempunyai matlamat tersendiri, seboleh-bolehnya mahu berlari di pentas Olimpik satu hari nanti.

Pada usia sekarang, saya sedang menuju ke puncak prestasi dan mungkin lebih kerap memecahkan rekod 100m dan sudah pasti mahu melakar rekod baru 200m yang diidamkan sebelum ini.

Bagi saya tiada yang istimewa untuk kekal dan tingkatkan prestasi. Saya perlu menguatkan mental dan fizikal mengikut program yang dirancangkan jurulatih.

Disiplin menjadi asas yang penting untuk berjaya. Setiap aspek seperti pemakanan, rehat, sains sukan dan sebagainya perlu diamalkan dengan betul.

Namun, paling utama bagi saya adalah sentiasa menghormati individu di sekeliling saya seperti ibu bapa, jurulatih, guru serta rakan-rakan. Selebihnya selepas berusaha dengan gigih, saya berserah kepada Allah SWT.

Penghargaan yang tinggi kepada jurulatih, Mohd Poad Md Kassim yang membentuk saya sehingga memecahkan rekod 100m untuk bergelar manusia terpantas di Malaysia ketika ini.

Pada masa sama, saya masih bergelar pelajar dan bijak membahagikan masa antara latihan dan pelajaran. Saya tidak boleh cepat berputus asa kerana perlu mengharungi jadual harian yang padat.

Saya akan bangun seawal 6 pagi untuk melakukan latihan bersama rakan sepelatih yang bermula 6.45 pagi setiap hari sehingga 8 pagi.

Selepas itu, saya akan bersiap untuk memulakan sesi pembelajaran sehingga 2.30 petang. Berehat dalam tempoh tidak sampai dua jam disusuli sesi petang latihan bermula 4 petang.

Jadi untuk berjaya, ia bukan sesuatu yang mudah kerana saya perlu kuat dari segi mental dan fizikal.

-Harian Metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles