Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Razman terkejut dilantik kapten pasukan

$
0
0

RAZMAN Roslan nyata terkejut dengan pemilihan dirinya selaku kapten Pilihan Malaysia, namun menganggapnya tanggungjawab yang perlu digalas.

Percaya ia bukan tugas mudah apatah lagi berdepan dengan kelab hebat seumpama Liverpool, Razman tekad membuktikan kemampuan untuk memastikan saingan sengit kepada lawan.

“Memang agak terkejut, tetapi akan cuba memberikan yang terbaik buat pasukan selain penyokong bola sepak yang datang menyaksikan perlawanan ini.

“Pelantikan ini akan memberikan lebih tanggungjawab buat saya dan mengharapkan kerjasama rakan sepasukan,” katanya.

Ditanya tahap kecergasan yang ada pada dirinya serta rakan sepasukan, Razman gembira dengan perkembangan positif.

“Pada mulanya kami agak perlahan dari segi tahap kecergasan, namun selepas tiga hari berlatih bersama peningkatan ketara dipamerkan,” katanya.-sinar harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles