Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Rakan banyak bantu Ings

$
0
0

PENYERANG baharu Liverpool, Danny Ings menyifatkan rakan sepasukan banyak membantu dirinya dalam menyesuaikan diri dengan suasana kelab.

Ings, 23, yang menyertai Liverpool daripada Burnley kini terlibat dalam jelajah pra-musim The Reds ke Australia dan Asia, akui banyak menerima tunjuk ajar dan nasihat berguna daripada rakan-rakan.

“Mereka semua bermain untuk kelab besar. Jadi mereka boleh melihat ke mana arah saya berlari dan tahu bila waktu yang tepat untuk memberikan umpanan.

“Dengan segala rasa hormat terhadap kelab yang sebelumnya saya pernah bermain, Liverpool jauh lebih berkualiti dan saya senang bekerjasama dengan pemain yang ada di sini,” kata Ings.

Khamis lalu, Ings beraksi hebat termasuk mencipta hatrik semasa membelasah kelab Liga Super Malaysia, The Fighters 7-0 pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.-sinar harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles