Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Ejen sewa motor curi RM500

$
0
0

Segamat: Tiga remaja lelaki yang ditahan polis kelmarin bukan saja disyaki terbabit mencuri motosikal, malah turut menyewakannya kepada warga asing di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, remaja berusia 17 sehingga 18 tahun ditahan jam 1 tengah hari di rumah di Jalan Buloh Kasap, di sini, hasil risikan polis dengan kerjasama orang awam.

Katanya, suspek termasuk lelaki warga Indonesia dipercayai dalang kehilangan lima motosikal milik penduduk di sekitar Segamat yang dilaporkan sepanjang awal minggu lalu.

“Serbuan menemui dua motosikal Yamaha 135, dua Honda EX5 serta sebuah Honda Wave dipercayai dicuri di sekitar daerah ini termasuk milik jemaah masjid.

“Siasatan percaya lelaki Indonesia terbabit berperanan sebagai ejen menjual motosikal curi itu dengan harga RM500 sebuah kepada warga asing yang bekerja di ladang sawit dan kebun getah,” katanya.

Menurut Mohd Kamil, suspek merancang menjalankan syarikat perniagaan sewaan motosikal kepada pekerja warga asing dengan bayaran RM3 sehari.

“Suspek menggunakan pemutar skru untuk membuka penutup lampu motosikal yang menjadi sasaran sebelum membuat sambungan wayar bagi menghidupkan enjin.

“Kami yakin suspek itu turut bertanggungjawab menjual komponen motosikal curi berdasarkan beberapa penemuan seperti motosikal yang dirampasdidapati diubah nombor casisnya,” katanya.

Mohd Kamil berkata, suspek direman empat hari bagi siasatan kes mengikut Seksyen 379A kerana curi motosikal dan diarahkan menjalani ujian saringan air kencing bagi memastikan mereka mengambil dadah atau sebaliknya.

-Metro


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles