Quantcast
Channel: The Malaysian Times
Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Kuala Lumpur, Pulau Pinang pilihan

$
0
0

KUALA Lumpur dan Pulau Pinang terus menjadi tumpuan merebut gelaran juara Grand Final Kejohanan Sepak Takraw Grand Prix (GP) 1Malaysia 2015 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 29 September hingga 1 Oktober depan.

Namun kelibat Melaka dan Kedah yang berada di kedudukan ketiga serta keempat juga tidak boleh dipandang rendah keupayaan lawan bersama empat pasukan lain yang turut memburu gelaran juara melengkapkan kedudukan lapan terbaik untuk aksi di pentas Grand Final.

Penganjuran kejohanan sebegitu sudah pasti mampu membuka mata ramai pihak terutamanya pemerhati bakat sukan sepak takraw apabila GP tersebut turut mempertandingkan kategori belia yang dibarisi anak-anak muda berusia bawah 20 tahun.

Belajar pengalaman, kesilapan

Pulau Pinang yang unggul bergelar juara GP Sirkit 1 di Perlis awal Ogos lalu tidak seharusnya melepaskan peluang untuk bergelar juara selain perlu belajar dari kesilapan apabila tersingkir di peringkat suku akhir pada GP Sirkit 2 di Kuala Lumpur

Bagi Pengurus Pulau Pinang, Jeffari Abd. Malek mengakui skuad dari utara tanah air itu silap percaturan pada sirkit kedua minggu lalu sehingga tersingkir dari kejohanan pada saingan suku akhir.

“Prestasi Pulau Pinang sebenarnya bagus, cuma nasib tidak menyebelahi pasukan kami namun saya tidak mahu salahkan pemain atas kegagalan mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada sirkit pertama di Perlis awal Ogos lalu. Mereka sudah lakukan yang terbaik.

“Tahniah kepada Kuala Lumpur kerana muncul sebagai juara. Mereka memang pasukan pilihan kerana dibarisi 10 pemain kebangsaan berbanding Pulau Pinang yang hanya memiliki dua pemain kebangsaan sahaja dan 10 pemain biasa,” katanya yang mahukan anak buahnya melakukan yang terbaik pada kejohanan itu bagi mengulangi kejayaan di Perlis layak ke pentas final sebelum muncul juara.

Usah dabik dada

Beraksi umpama di gelanggang sendiri, Kuala Lumpur pastinya sedikit tertekan selain kedudukan selaku peneraju carta keseluruhan turut memainkan peranan.

“Ya, saya akui kita berada di atas selaku pendahulu keseluruhan, namun tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menghadirkan tekanan buat saya dan barisan kejurulatihan kerana sudah pasti, KL akan turun sebagai pilihan utama pada kejohanan itu nanti. Tambahan pula, kita sekali lagi turun sebagai tuan rumah.

“Saya juga tidak mahu pemain-pemain mendabik dada dengan kejuaraan ini, kalau boleh saya mahu mereka kekal fokus dan memperbaiki segala kelemahan. Saya bimbang kerana pemain-pemain mudah berasa selesa apabila melakar kemenangan ke atas pasukan lawan. Saya mahu perkara itu dielakkan. Kadang-kadang pemain saya ini hanya gah pada nama sahaja.

“Sudah pasti Pulau Pinang, Kelantan, ATM, Terengganu dan Melaka akan menjadi pesaing hebat pada sirkit terakhir nanti kerana mereka bukanlah calang-calang pasukan yang mampu memberi kesukaran kepada kami pada kejohanan itu nanti namun saya percaya dengan kemampuan pemain,” jelas jurulatih Kuala Lumpur, Rosli Ab Rahman.-sinar harian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 16951

Trending Articles